• Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Seoul Dikaji Semula

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    Image result for Mike Pence
    SEOUL: Amerika Syarikat (AS) akan mengkaji semula dan menambah baik perjanjian perdagangan bebas antara negara itu dengan Korea Selatan. 

    Naib Presiden AS, Mike Pence memberitahu pemimpin perniagaan di Seoul, defisit perdagangan AS meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh lima tahun sejak bermulanya perjanjian perdagangan bebas kedua-dua negara. 

    Selain itu, katanya ada terlalu banyak halangan kepada perniagaan AS untuk masuk ke Korea Selatan. 

    "Itulah kebenaran yang perlu diakui. Kita perlu bersikap jujur mengenai hubungan perdagangan sebegini," katanya pada mesyuarat American Chamber of Commerce di Seoul. 

    Menurut Pence, kedua-dua pihak perlu ikhlas mengenai apa yang kurang dalam hubungan dagang kedua-dua hala selama ini. 

    Presiden AS, Donald Trump dalam kempennya 'Utamakan Amerika' berikrar untuk memperbaiki perjanjian perdagangan yang menjejaskan peluang pekerjaan di AS. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Seoul Dikaji Semula "