• Pengunjung Kelab Malam Cedera Disimbah Asid

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    LONDON: Seramai 12 pengunjung kelab malam cedera selepas disimbah sejenis cecair bersifat menghakis, sekali gus mencetus kebimbangan terhadap peningkatan jenayah membabitkan asid. 

    Jurucakap Pasukan Bomba London berkata, sejenis cecair menghakis yang tidak diketahui jenisnya disimbah ke dalam kelab Mangle di timur London, awal pagi tadi waktu tempatan. 

    Katanya, pemeriksaan awal mendapati cecair terbabit adalah sejenis asid dan hampir 600 pengunjung berada di kelab berkenaan ketika kejadian. 

    "Ada 12 mangsa menunjukkan tanda dan gejala terkena asid. Mereka diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya. 

    Polis berkata, semua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan serangan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pengganas. 

    Serangan menggunakan asid meningkat dengan mendadak di London beberapa tahun kebelakangan ini. 

    Lebih 1,800 kejadian dilaporkan sejak 2010 manakala 454 serangan menggunakan asid dilaporkan pada 2016 berbanding hanya 261 kes pada tahun sebelumnya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pengunjung Kelab Malam Cedera Disimbah Asid "