• Pengundi Cina Perlu Fikir Secara Matang

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+

    Pengundi Cina dinasihatkan berfikir secara matang agar tidak menyokong parti pembangkang yang hanya memberi janji kosong semata-mata.

    Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada dua kali PRU yang lalu iaitu PRU12 dan PRU13, parti pembangkang telah memberikan banyak janji manis kepada pengundi sehingga sekurang-kurangnya 85 peratus pengundi Cina telah mempercayai dan menyokong mereka.

    "Malangnya seperti yang dilihat hari ini, DAP mengikis kekuatan masyarakat Cina sehingga suara masyarakat Cina semakin lemah.

    "Sekiranya parti pembangkang menjadi kerajaan, yang akan menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat jelata dan negara," kata Tiong Lai seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau.

    Mengenai isu RUU 355, jelas Tiong Lai, MCA adalah parti kedua terbesar dalam BN, oleh itu masyarakat Cina tidak perlu bimbang selagi MCA membantah, ia tetap tidak akan diluluskan dalam Parlimen.

    "Dalam isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), menteri-menteri MCA telah mengemukakan semua cadangan dan permohonan melalui mesyuarat jemaah Kabinet dan Dewan Tertinggi BN.

    "Saya yakin sekiranya masyarakat Cina memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin MCA, isu ini pasti akan dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Pengundi Cina Perlu Fikir Secara Matang "