• Penghuni Cemas Bunyi Tembakan Diluar Rumah

    Published: Saturday, 22 April 2017
    A- A+

    GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kediaman yang dihuni sebuah keluarga di Jalan Satu, Air Itam malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, suspek yang menunggang motosikal seorang diri dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu utama rumah berkenaan.

    Semasa kejadian, semua penghuni berada di dalam rumah.

    Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi letupan seperti mercun sebanyak tiga kali tidak jauh dari perkarangan rumahnya.

    "Setengah jam kemudian, saya terkejut melihat ramai anggota polis berada di hadapan rumah jiran (mangsa) dan saya telah dimaklumkan berlaku kejadian tembakan tanpa melibatkan mangsa yang cedera," jelasnya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Penghuni Cemas Bunyi Tembakan Diluar Rumah "