• Pengerusi Lotte Didakwa Dalam Skandal Rasuah

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam mendakwa pengerusi gergasi runcit Lotte dalam kaitan dengan skandal rasuah yang menjatuhkan bekas Presiden Park Geun-Hye. 

    Shin Dong-Bin dituduh menggunakan lebih AS$6 bilion (RM26.43 bilion) untuk merasuah Geun-Hye dan rakan baiknya, Choi Soon-Sil, kata pendakwa raya pada hari sama mereka mendakwa bekas presiden itu atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

    Ding-Bin, 62, didakwa menawarkan 7 bilion won (RM27.09 bilion) kepada sebuah yayasan sukan dikaitkan Soon-Sil sebagai pertukaran dasar pilih kasih daripada Geun-Hye berhubung perniagaan bebas cukai Lotte. Soon-Sil kini dibicarakan atas tuduhan memeras ugut dan salah guna kuasa. 

    Dia didakwa menggunakan hubungan baiknya dengan presiden untuk memaksa firma tempatan 'menderma' hampir AS$70 juta (RM308.31 juta) kepada yayasan bukan berasaskan keuntungan di mana dia didakwa menggunakannya untuk kepentingan peribadi. 

    Pendakwa raya berkata, kini Soon-Sil berdepan dakwaan tambahan rasuah membabitkan Dong-Bin. 

    Geun-Hye dituduh bersekongkol dengan Soon-Sil dan menawarkan dasar pilih kasih kepada ahli perniagaan terkemuka yang menyumbang kekayaan kepada rakannya itu. 

    Dakwaan berkenaan termasuk membabitkan Dong-Shin dan pewaris Samsung, Lee Jae-Yong yang ditahan sebelum itu serta dibicarakan atas tuduhan rasuah. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pengerusi Lotte Didakwa Dalam Skandal Rasuah "