• 'Pembunuh Facebook' Bunuh Diri

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    CHICAGO: Lelaki yang dikehendaki kerana membunuh seorang warga emas lelaki di Ohio dan menyiarkan video pembunuhan itu di Facebook, membunuh diri selepas dikesan polis di Pennsylvania.

    Steve Stephens, 37, menjadi buruan seluruh negara berikutan pembunuhan di Cleveland, kelmarin. 

    Ia adalah jenayah terbaru disiarkan di Facebook, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai video yang disiarkan di rangkaian sosial terbesar dunia itu dan bagaimana ia boleh dipantau. Rakaman itu kemudian dibuang. 

    "Stephens dikesan pagi ini oleh anggota polis Pennsylvania di Daerah Erie. 

    "Selepas dikejar, Stephen menembak mati dirinya," kata polis Pennsylvania menerusi Twitter. 

    Biro Siasatan Persekutuan (FBI) meletakkan Stephens dalam senarai paling dikehendaki dan pihak berkuasa menawarkan ganjaran sehingga AS$50,000 (RM220,000) kepada maklumat yang membawa kepada penangkapannya. 

    Stephens menembak mati Robert Godwin Sr, 74, di Cleveland, Ohio, ketika mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas makan malam sempena Easter, kelmarin. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Pembunuh Facebook' Bunuh Diri "