• Pelajar Kolej Buang Bayi Dituduh Membunuh

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang pelajar sebuah kolej swasta di bandar ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

    Tertuduh Betty Kuleh, 24 dituduh membunuh bayi yang baru dilahirkannya di tempat pembuangan sampah di Samajaya dekat sini 11 April lalu.

    Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman, bagaimana pun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
    Pada 11 April lau, tertuduh yang berasal dari Belaga didakwa menyebabkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkannya dengan menyumbat kedalam kotak pada jam 6 pagi hari yang sama.

    Tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

    Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei sementara menunggu laporan kimia. -Sarawakiana
  • No Comment to " Pelajar Kolej Buang Bayi Dituduh Membunuh "