• PBB Tiada Masalah Besar Untuk Hadapi PRU 14

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tiada sebarang masalah besar untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

    Naib Ketua Wanita PBB Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata persiapan menjelang PRU-14 kali ini agak mudah bagi PBB dan Barisan Nasional (BN) khasnya di Sarawak.

    Menurutnya, PBB di semua bahagian sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 dimana tinjauan persiapan di semua bahagian telah dibuat dari semasa ke semasa.

    “Kita tidak tahu bila PRU akan diadakan tetapi kita telah memberi peringatan kepada semua jentera parti di peringkat bahagian dan ranting untuk membuat persiapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam,

    Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, ini kerana baharu selesai Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

    Justeru katanya, maklumat-maklumat pilihan raya pada PRN11 boleh diguna dalam PRU yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

    Pada PRU13, Rohani menang di kerusi Batang Lupar menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abang Zulkifli Abang Engkeh dengan majoriti 10,964 undi. – Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Tiada Masalah Besar Untuk Hadapi PRU 14 "