• Nak Ke Pakai Jeans Berzip Di Punggung Ni?

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+


    VETEMENTS merupakan jenama Perancis yang terkenal kerana mengenakan harga setinggi langit untuk baju keluarannya namun sanggupkah anda bayar RM8,000 untuk seluar jeans yang mempunyai zip di bahagian punggung belakang?

    Keluaran terbaru Vetements ini telah menarik perhatian ramai dengan netizen menyifatkan sebagai tidak masuk akal untuk memakai seluar jean yang boleh dibuka zip di bahagian belakang.

    Netizen berpendapat daripada membuka zip di punggung, lebih baik tidak pakai seluar langsung dan ada yang menyifatkan rekaan tersebut sebagai hodoh.

    Tidak kurang juga ada yang menganggap rekaan terbaru itu sebagai tidak beretika dan memalukan walaupun ia dipakai oleh selebriti termasuk pelakon Sarah Snyde.

    Komen-komen berkenaan dibuat selepas rekaan terbaru itu dimuatnaik dalam instagram.

    Vetements, yang diketuai oleh pereka Demna Gvasalia terkenal kerana mengenakan harga yang mahal walaupun untuk pakaian yang ringkas.

    Ia termasuk kemeja-t ringkas yang mempunyai logo syarikat, telah dijual pada harga RM1,000.

    Namun selepas Selena Gomez dan Rihanna dirakamkan memakai seluar sukan Vetements dan baju sejuk jenama berkenaan, jualan produk berkenaan menjadi laris. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Ke Pakai Jeans Berzip Di Punggung Ni? "