• Miskin Tegar Di Malaysia Hampir Ke Tahap Sifar

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+


    Selepas berusaha selama berpuluh tahun, kerajaan hampir berjaya menghapuskan ‘kemiskinan tegar’ ke tahap sifar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Beliau berkata perkara itu disebabkan kejayaan pelbagai dasar kerajaan dan prinsip memperjuangkan agenda Bumiputera tanpa mengabaikan hak kaum lain.

    “Kita menyaksikan sejak 1970, kadar kemiskinan yang dahulunya 49.3 peratus telah berkurang kepada 3.8 peratus pada 2009, dan terus menyusut kepada 0.6 peratus pada 2014.

    “Atas segala usaha kerajaan Barisan Nasional sejak berpuluh tahun, dan suka saya ulangi bahawa faktanya kemiskinan tegar di Malaysia kini telah hampir ‘disifarkan’ kesemuanya,” katanya.

    Menurut Bank Dunia, kadar miskin tegar Malaysia berkurangan kepada 0.28 peratus pada 2016, berbanding antara tertinggi di dunia pada 4 dekad sebelumnya.

    Najib berucap ketika melancarkan agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) semalam

    TKB disifatkan sebagai kesinambungan kepada Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 1.0 bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang berjalan sejak 2012-2017.

    Dalam pada itu, kerajaan komited menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 20 negara termaju di dunia.

    “Saya bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berserta barisan kabinet semata-mata demi bangsa Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia seluruhnya.

    “Kita akan bersatu hati untuk terus berjuang memakmurkan negara, sehingga terjulang pada kedudukan itu,” katanya.

    Sasaran tersebut antara teras utama pelan induk Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang dilancarkan pada pembentangan Bajet 2017 Oktober lalu. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Miskin Tegar Di Malaysia Hampir Ke Tahap Sifar "