• Mayat Lelaki Dihanyutkan Banjir Dijumpai

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    SEREMBAN: Mayat lelaki yang dihanyutkan banjir, Sabtu lalu ditemui di Sungai Linggi berhampiran Pekan Linggi, hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Senawang, Nurazhim Mohd Shah berkata, mangsa ditemui 25 kilometer dari lokasi asal pada 11.20 pagi.

    Katanya, pada kejadian Sabtu lalu, lelaki berusia 48 tahun itu menaiki kereta di Jalan Rantau-Sungai Gadut, berhampiran Kuala Sawah sebelum kenderaannya dihanyutkan banjir.

    "Pada malam Sabtu yang lalu, kami dapat mengesan kenderaan terbabit namun lelaki itu gagal ditemui.

    "Selepas hampir empat hari kehilangannya, anggota berjaya mengesannya di Sungai Linggi dan dibantu Unit Anjing Pengesan," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Lelaki Dihanyutkan Banjir Dijumpai "