• Mayat Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah Di Samajaya

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 11 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang wanita berusia 36 tahun terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan dalam tong sampah di Samajaya di sini pagi tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, wanita yang bekerja sebagai pembersih bangunan itu membuang sampah dan terkejut melihat mayat bayi malang tersebut yang disumbat dalam sebuah kotak berwarna merah.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, seorang penuntut kolej berasal dari Belaga berusia 24 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Samajaya tengah hari tadi.

    Menurutnya suspek merupakan pelajar diploma tahun ketiga kolej berdekatan, dan melalui siasatan awal bayi malang berkenaan dilahirkan pada jam 6.30 pagi pagi tadi.

    Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. .-Sarawakiana


  • 1 comment to ''Mayat Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah Di Samajaya"

    ADD COMMENT
    1. Untungnya senang dpt anak tetapi anak dibuang mcm sampah. Sikda hati perut langsung. Org yg betul2 nak anak susah jak nak dpt. Kesian bayi sik berdosa..

      ReplyDelete