• Mati Di Pangkuan Ibu

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+


    MUKAH: Seorang lelaki bujang berumur 29 tahun yang dipercayai menggantung diri dengan tali pukat sempat menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya.

    Menurut laporan, kejadian berlaku kelmarin (Ahad) di sebuah rumah di Kampung Litong di sini ketika si ibu memanggil mangsa beberapa kali untuk menjamah makanan tetapi tidak dijawab.

    Alangkah terkejutnya ibu mangsa apabila menjenguk ke dalam bilik tidur mendapati anaknya itu dalam keadaan tergantung dan masih bernyawa ketika diturunkan.

    Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

    Pihaknya dimaklumkan oleh keluarga mangsa bahawa lelaki itu tidak mempunyai apa-apa masalah sebelum ini. Mangsa juga dikatakan bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup diri dan keluarganya.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-UB
  • No Comment to " Mati Di Pangkuan Ibu "