• Marquez Tekad Tawan Austin Buat Kali Kelima

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    Image result for marc marquez
    WASHINGTON: Marc Marquez akan memburu kejuaraan kelima berturut-turut dalam perlumbaan MotoGP Amerika hujung minggu ini, selepas kemalangan di Argentina tatkala Maverick Vinales selesa mendahului pungutan mata setakat ini. 

    Bintang Sepanyol itu serta penunggang Itali, Valentino Rossi, yang pernah mencipta sejarah di Austin, Texas akan mengetuai barisan pencabar lain ke perlumbaan ketiga musim ini dengan Vinales yang menunggang Yamaha menang perlumbaan pembuka tirai di Qatar dan Argentina. 

    Marquez yang juga juara dunia, menang semua empat saingan MotoGP di litar sepanjang 5.5km yang memiliki 20 selekoh itu dengan melakukannya dari petak pertama. 

    Penunggang Honda itu juga bermula di petak depan di Argentina tetapi terbabit dalam kemalangan pada pusingan keempat, sekali gus sekadar menghuni tangga kelapan dari segi pungutan mata. 

    "Selepas perlumbaan di Argentina, saya gembira kembali ke litar yang saya sukai seperti di Austin ini, walaupun pastinya saya lebih suka tiba di sini dalam kedudukan lebih baik," kata. 

    "Kami akan memberikan 100 peratus untuk mendapatkan podium pertama kami musim ini. Saya memiliki memori yang hebat di Austin, dan bagi saya ia adalah satu daripada perlumbaan terbaik dalam kalendar. 

    "Saya suka lakaran trek ini, ia memiliki banyak jenis bahagian dan selekoh serta banyak perubahan ketinggian." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Marquez Tekad Tawan Austin Buat Kali Kelima "