• Malaysia Beri Kerjasama Penuh Kepada India

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan India untuk membantu siasatan terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, jika terdapat permintaan dari negara itu.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan terhadap beliau tidak boleh dibuat di negara ini tetapi kerajaan India boleh mendapatkan Perjanjian Perundangan Bersama (MLA) bagi tujuan berkenaan.

    "Ini bukan soal serah menyerah (Zakir kepada India) tetapi soal siasatan.

    "Kita akan mengikut sistem undang-undang yang ada di negara kita dan kerangka kerja hubungan diplomatik dengan mana-mana negara,"katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Ekologi ManusiaAntarabangsa (HEIC 2017) anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

    Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mengesahkan Zakir berstatus penduduk tetap (PR) negara ini sejak lima tahun lalu.

    Baru-baru ini, Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) memutuskan untuk mendapatkan notis Interpol terhadap Zakir bagi menghalang pergerakannya keluar dari Arab Saudi selepas beliau berulang kali mengingkari saman terhadapnya untuk membantu siasatan mengikut undang-undang anti keganasan.

    Zakir didakwa menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan, dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Beri Kerjasama Penuh Kepada India "