• Lelaki Maut Keracunan Lepas Makan Kodok

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang lelaki Korea Selatan maut akibat keracunan selepas makan kodok kerana menyangka ia adalah daripada spesies katak yang boleh dimakan.

    Polis berkata, mangsa adalah antara sekumpulan lelaki yang menangkap haiwan amfibia itu di kolam takungan berhampiran bandar Daejon pada Mac lalu.

    Menyangka ia adalah spesies katak yang boleh dimakan, mereka memasak dan memakannya di sebuah restoran sehari kemudian.

    Lelaki berusia 57 tahun mengalami muntah-muntah tidak lama selepas itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya

    Polis berkata, bufotenin, bahan kimia yang biasa ditemui pada kodok dijumpai di dalam sisa makanan sekumpulan lelaki berkenaan.

    Mangsa lain yang turut makan hidangan itu turut menunjukkan tanda keracunan namun terselamat.

    BBC Korea Selatan melaporkan, katak adalah makanan istimewa di beberapa bahagian luar bandar Korea Selatan.

    Beberapa spesies katak kodok merembeskan racun melalui kulit mereka jika gelisah atau apabila berasa terancam dan berada dalam bahaya.

    Bufotenin boleh membawa maut apabila dimakan dalam jumlah yang banyak. - Sinar Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Maut Keracunan Lepas Makan Kodok "