• Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Di Padang Ragbi

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Jasad lelaki tidak bernyawa menggemparkan orang awam di sekitar Padang Ragbi Song Kheng Hai dekat sini pagi semalam.

    Memetik laporan Sarawakvoice, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, hasil siasatan awal, identiti mangsa dikenalpasti sebagai Boon Voon Sing, 51.

    “Pihak polis menerima makluman penemuan mangsa tidak bernyawa terbaring di atas kerusi panjang tempat duduk penonton di padang tersebut pada jam 8.40 pagi.” katanya

    Menurutnya, hasil pemeriksaan keatas mangsa, pihak polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada badan mangsa.

    Sehingga berita ini ditulis, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Di Padang Ragbi "