• Jurutera Jerman Cipta Pengangkutan Masa Depan

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    MUNICH: Seorang jurutera Jerman berjaya menghasilkan pengangkutan masa depan menggunakan bola getah besar yang dilengkapi tiga motor roda ‘omni’ dan mampu bergerak selaju 11.2 kilometer sejam.

    Olaf Winkler menggelarnya sebagai Uo iaitu singkatan nama Uber-ball yang mempunyai ciri-ciri gabungan kenderaan Segway dan skuter namun mampu bergerak bebas pada 360 darjah.

    Uo beroperasi menggunakan ‘joystick’ yang dipasang pada pemegang panjang bagi mengawal putaran manakala penunggangnya akan menggunakan tubuh mereka untuk bergerak ke tepi, belakang dan berpusing.

    Winkler mengambil masa selama enam tahun untuk mereka cipta kenderaan itu dan berhenti kerja pada 2015 bagi menumpukan sepenuh masanya merealisasikan ‘idea gilanya’ agar menjadi alat yang boleh berfungsi.

    “Sejak 2010 selepas mendapat idea gila ini saya cuba mencari mekanisme terbaik dan oleh kerana saya merupakan jurutera elektrik yang membangunkan kenderaan elektronik maka saya mempunyai pengetahuan untuk membina kenderaan sedemikian. Oleh itu, selepas berhempas pulas akhirnya Uo berjaya dihasilkan,” katanya.

    Jelas beliau, Uo turut dibina menggunakan rangka besi dan dilengkapi alat elektronik termasuk pengesan manakala bola getah berfungsi melancarkan perjalanan dan penunggang merasa seolah-olah sedang terapung.

    Selain itu, bagi mereka yang baharu mula belajar, kenderaan itu menyediakan mod khas bagi membolehkan mereka mengimbangkan badan.

    Orang ramai yang ingin memiliki kenderaan tersebut boleh membelinya dengan harga AS$953 (RM4,194) dan akan dikeluarkan pada Ogos ini di beberapa negara di Eropah.

    - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Jurutera Jerman Cipta Pengangkutan Masa Depan "