• Jumlah Kes Malaria Berkurangan Di Sabah

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    TELUPID: Jumlah kes malaria di Sabah sepanjang tahun lepas menunjukkan penurunan iaitu 748 kes berbanding 1,044 pada tahun sebelumnya.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, ia adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana sebelum ini jumlah kes tidak pernah kurang daripada 1,000.

    "Penurunan sebanyak 296 kes itu pada tahun lepas membolehkan jumlah kes malaria di Sabah kurang daripada 1,000," katanya pada sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

    Sambutan itu dirasmikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

    Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, turut mengingatkan penduduk bahawa penurunan itu bukan bererti usaha menghapuskan penyakit itu sudah semakin mudah. - Bernama



    Subjects:

  • No Comment to " Jumlah Kes Malaria Berkurangan Di Sabah "