• Johan Nasihat Zizan Razak Supaya Cepat kahwin

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+


    PENYAMPAI radio Era, Johan Raja Lawak akui pernah menasihati sahabat baiknya, Zizan Razak supaya segera berkahwin dan membina keluarga.

    Johan, 33, berkata sebagai kawan dia mahu Zizan lebih fokus dan mencari erti kehidupan sebenar.

    "Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak.

    "Dia kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya.

    "Saya terus menasihati dia supaya kahwin cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan sebenar.

    "Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab.

    "Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin," katanya kepada Astro Gempak.

    Johan yakin selepas berkahwin Zizan pasti akan lebih matang untuk menempuh kehidupan seterusnya.

    "Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri daripada susah hingga hidup lebih senang sekarang.

    "Bagi saya setiap orang yang berkahwin akan menjadi lebih matang.

    "Meskipun orang itu lebih muda tetapi bila dia berkahwin saya boleh jamin dia lebih matang daripada orang yang lebih tua tetapi tidak berkahwin," katanya lagi. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Johan Nasihat Zizan Razak Supaya Cepat kahwin "