• Jangan Keliru H1N1 Dengan H5N1

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+
    DUNGUN: Penduduk di negeri ini diminta supaya tidak keliru dalam isu penyebaran virus Influenza A (H1N1) dan virus H5N1.

    Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar, berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai selepas kes seorang ibu hamil meninggal dunia di negeri ini akibat H1N1, Rabu lalu. 

    Katanya, H1N1 adalah selesema biasa yang tidak boleh menyebabkan komplikasi selanjutnya manakala H5N1 menyerang burung, ayam dan haiwan ternakan serta jarang menular kepada manusia. 

    "Kes kematian wanita hamil itu menyebabkan ia menjadi viral di media sosial sehingga masyarakat tidak mahu makan ayam sehingga masyarakat menjadi panik. 

    "Sebaliknya, orang ramai tidak perlu panik kerana sejak tahun 2013, penyakit jangkitan virus itu tiada lagi keperluan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana ia dikategorikan sebagai influenza bermusim," katanya. 

    "Sehubungan itu, saya berharap media dapat memperbetulkan keadaan ini kerana masyarakat sudah terkeliru sehingga mendakwa ayam tidak lagi selamat untuk dimakan," katanya. 

    Dr Mohammad berkata, mereka yang mempunyai simptom penyakit itu perlu segera ke hospital dan dinasihatkan tidak mendedahkan diri di tempat terbuka, bergaul dengan orang luar dan perlu memakai topeng mulut serta hidung jika berada di tempat awam. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Keliru H1N1 Dengan H5N1 "