• Jaguh Olimpik Germaine Mason Maut Nahas Di Jamaica

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    Image result for Germaine Mason
    KINGSTON: Pemenang pingat perak Jamaica acara lompat tinggi Sukan Olimpik di Beijing pada 2008, Germaine Mason maut dalam nahas motosikal awal pagi ini. 

    Rakan sekolah yang juga pemenang acara pecut, Michael Frater berkata, beliau pergi ke lokasi kejadian sejurus menerima berita kemalangan itu dan menunggu di sana hingga ambulans tiba. 

    "Saya amat sedih dengan berita ini. Kami bersahabat sejak dari sekolah dan saya masih tidak percaya ia berlaku," kata Frater yang pernah berkongsi sebuah pangsapuri dengan Mason di bandar ini. 

    Siasatan awal polis mendapati Mason sedang menunggang motosikal di jalan utama yang menghubungkan bandar ini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Jamaica jam 4.20 pagi waktu tempatan, sebelum hilang kawalan dan terjatuh. Beliau disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital. 

    Mason, 34, masih memegang rekod bagi acara lompat tinggi Jamaica dengan lompatan setinggi 2.34 meter dicatat pada 2003. 

    Beliau mula bertanding mewakili Britain pada 2006 dan memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing. 

    Pelari pecut Britain, James Ellington yang terselamat dalam nahas motosikal di Sepanyol pada Januari lalu dilihat memuat naik status di Twitter: "Saya tidak percaya dengan berita yang saya terima mengenai Germaine Mason." - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jaguh Olimpik Germaine Mason Maut Nahas Di Jamaica "