• Helikopter Tentera Pakatan Arab Ditembak Jatuh, Di Yaman

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    SANAA - Helikopter tentera pakatan Arab Black Hawk ditembak jatuh di Yaman pada Selasa menyebabkan 12 anggota tentera terbunuh, kata Kementerian Pertahanan Yaman lapor agensi berita China Xinhua.

    "Helikopter itu tersilap ditembak jatuh akibat kesilapan bacaan sistem pertahanan udara," kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

    Helikopter ditembak jatuh di wilayah Marib ketika menjalankan satu misi. Semua yang maut adalah tentera Arab Saudi.

    Arab Saudi mengetuai pasukan pakatan tentera memerangi pemberontak Houthi di Yaman dalam usaha untuk mengembalikan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang digulingkan Houthi pada September 2014.

    Perang itu telah membunuh lebih daripada 10,000 orang separuh daripada mereka adalah orang awam dan lebih 2 juta terpaksa menjadi pelarian, menurut agensi kemanusiaan.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Helikopter Tentera Pakatan Arab Ditembak Jatuh, Di Yaman "