• Harga Petrol, Diesel Naik

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel meningkat mulai tengah malam ini.

    Bagi tempoh 20 April hingga 26 April ini, harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.27 seliter, iaitu peningkatan sebanyak tiga sen.

    Harga runcit petrol RON97 pula naik dua sen seliter kepada RM2.54 manakala diesel naik lima sen seliter kepada RM2.21.

    Penetapan harga produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi.-BH

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Petrol, Diesel Naik "