• Harga Minyak Dunia Naik, Brent Pada AS$55.08 Setong

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+
    Image result for Oil rig
    LONDON: Harga minyak meningkat lebih tinggi susulan kenyataan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus komited untuk mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah global. 

    Bagaimanapun, dengan pengeluaran dan inventori Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat, penganalisis menjangkakan harga minyak dilihat tidak stabil. 

    Niaga hadapan Brent meningkat 19 cents kepada AS$55.08 setong pada 1331 GMT. Niaga hadapan minyak mentah AS menokok 15 cents kepada AS$52.56. 

    Minyak mentah susut pada dua sesi sebelumnya, tetapi ia menerima rangsangan daripada komen Setiausaha Agung OPEC yang menyatakan kumpulan itu komited untuk mengehadkan inventori dengan purata lima tahun. 

    OPEC dan pengeluar lain seperti Russia bersetuju mengurangkan pengeluaran sehingga hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) pada separuh pertama 2017 bagi mendapatkan aliran lebihan bekalan berterusan selama tempoh hampir tiga tahun. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Dunia Naik, Brent Pada AS$55.08 Setong "