• H1N1: Kementerian Kesihatan Masih Tunggu Keputusan Ujian Darah

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih lagi menunggu keputusan ujian darah dua kanak-kanak pra-sekolah di Cheras yang didakwa menghidap Influenza A (H1N1) sebagaimana tular di media sosial, semalam.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya mendapati, kanak-kanak berkenan mengalami gejala selsema namun, status sebenar kesihatan mereka hanya boleh disahkan selepas ujian darah dilakukan.

    "H1N1 boleh dialami sesiapa sahaja namun, kumpulan berisiko seperti wanita mengandung dan warga emas serta mempunyai penyakit lain perlu lebih berhati-hati," katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memutuskan H1N1 bukan epidemik kerana ia sentiasa berlaku dan apa yang penting adalah meningkatkan kesedaran awam mengenainya serta menguruskannya.

    Laman media sosial semalam heboh mengenai penularan mesej yang mengaitkan dua kanak-kanak di Cheras ditahan di dua hospital masing-masing di Hospital Ampang dan Hospital Pantai Cheras kerana menghidap H1N1.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " H1N1: Kementerian Kesihatan Masih Tunggu Keputusan Ujian Darah "