• Guan Eng Dakwa Pulau Pinang ‘Kotor, Botak, Tiada Air’ Jika BN Menang

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    GEORGE TOWN : Pulau Pinang akan bertukar menjadi lebih teruk jika Barisan Nasional (BN) merampas semula daripada Pakatan Harapan, kata Lim Guan Eng.

    “Jika BN mengambil kembali Pulau Pinang, bayangkan apa berlaku. Semuanya akan hilang dan musnah,” kata ketua menteri dalam sidang media semalam.

    “Komtar baharu akan kembali seperti sedia kala, Pulau Pinang yang bersih menjadi kotor. Dari [suasana] hijau menjadi botak, dari tiada gangguan bekalan kepada catuan air.

    “Jadi warga Pulau Pinang baik waspada. Jika BN ambil alih, ia akan menjadi malapetaka kepada semua kita.”

    Lim juga mendakwa jika Putrajaya menguasai semula negeri itu, saranan untuk menjadikan satu wilayah persekutuan akan menjadi kenyataan.  - MMO

    Subjects:

  • No Comment to " Guan Eng Dakwa Pulau Pinang ‘Kotor, Botak, Tiada Air’ Jika BN Menang "