• Ghana Wujud Peraturan Baharu Pantau Media Sosial

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    ACCRA -- Ghana akan mewujudkan peraturan baharu bagi menyekat kandungan lucah atau tidak bermoral oleh media sosial negara itu, kata Presiden Nana Akufo-Addo.

    Langkah itu dilihat perlu serta penting untuk mengawal kandungan yang disiarkan media sosial di samping mengelakkan norma dan nilai masyarakat terus diancam.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Tradisi Dormaa Osagyefo Oseadeyo Agyemang Badu II pada hari terakhir lawatan kerja dua harinya ke wilayah Brong-Ahafo di tengah Ghana.

    Beliau mengulas kenyataan Omanhene yang berpandangan media sosial di Ghana sewenang-wenangnya menyiarkan berita memfitnah, mencela dan menyalahgunakan saluran itu untuk memusnahkan reputasi beberapa personaliti sangat dihormati dan terkemuka di negara itu.

    Presiden Akuffo-Addo turut menyatakan kesediaan kerajaan bekerjasama dengan pihak pemerintah tradisional tanpa mengira kecenderungan politik, etnik dan agama.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ghana Wujud Peraturan Baharu Pantau Media Sosial "