• Gesa Ahok Dipenjara

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+


    JAKARTA - INDONESIA. Pendakwa di Indonesia menggesa Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dipenjara selama setahun atas tuduhan menghina Islam.

    "Kami menggesa hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama setahun kepada defendan kerana menyatakan kebencian atau penghinaan terhadap sebahagian daripada rakyat Indonesia.

    "Kami juga menuntut tambahan dua tahun bagi tempoh percubaan di mana jika kesalahan itu diulangi dalam tempoh tersebut, beliau akan dipenjara," menurut ketua pendakwa, Ali Mukartono.

    Tuntutan itu dibuat berhubung kenyataan Ahok tahun lalu tentang lawannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu.

    Semalam, ratusan ribu ahli kumpulan pelampau dari Barisan Pembela Islam (FPI) menyatakan bantahan terhadap Ahok semasa kempen pilihan raya dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada gesaan pihak pendakwa.

    Mereka berkumpul di luar mahkamah sambil melaungkan 'tidak cukup' selepas pendakwa membuat permohonan itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gesa Ahok Dipenjara "