• [GAMBAR] Program Jiwa Murni Kesihatan Eksesais Pacific Partnership 2017

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    BAU: Program Jiwa Murni Kesihatan (Community Health Outreach Team Programme - CHOT) sempena Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) yang diadakan di Dewan Suarah Bau menerima lawatan daripada Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar Panglima Medan Timur Tentera Darat.

    Beliau yang turut diiringi oleh Laksamana Pertama Chan Peng Cheong Asisten Ketua Staf J7 Markas Angkatan Bersama dan pegawai kanan tentera dari Markas Angkatan Bersama, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dan Divisyen Pertama Infantri Malaysia meluangkan masa melawat kaunter-kaunter perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang terlibat dalam acara tersebut.

    Antara perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh peserta eksesais PP 17 ini seperti saringan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan pergigian. Antara kaunter pilihan yang mendapat sambutan adalah kaunter pemeriksaan mata oleh pakar optometrist Tentera Laut Amerika Syarikat.

    Mereka yang telah menjalani pemeriksaan akan diberikan cermin mata secara percuma.

    Y.B Miro Ak Semu turut hadir melakukan acara perasmian ringkas. Selain daripada itu pameran peralatan ketenteraan oleh Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kaunter pengambilan askar wataniah turut diadakan di aras 1.

    Antara agensi lain yang turut membuat pameran seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pertanian Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bau.

    Selain itu persembahan muzik yang membawa 10 buah lagu inggeris dan sebuah lagu melayu bertajuk 'Assalamualaikum Ustazah' mendapat tepukan meriah daripada para pengunjung.

    Antara lain objektif pogram jiwa murni ini diadakan adalah mendekatkan organisasi tentera dengan dengan masyarakat setempat yang memerlukan perkhidmatan kesihatan. 

    Disamping itu juga mengeratkan hubungan antara 'partner country' antara tentera Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan serta Australia.

    Aktiviti di Dewan Suarah Bau ini berlangsung selama 3 hari bermula semalam. Penduduk sekitar Bau yang masih belum mendapatkan rawatan percuma digalakan hadir dan merebut peluang tersebut yang akan berakhir petang esok.






  • No Comment to " [GAMBAR] Program Jiwa Murni Kesihatan Eksesais Pacific Partnership 2017 "