• [GAMBAR] Latihan Medan Eksesais Partnership 2017

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN:   "Deruan bunyi helikopter NURI TUDM, enjin bot penyelamat dan siren ambulan ATM, Bomba & Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam silih berganti membawa keluar mangsa terperangkap & cedera ke Hospital Medan Tentera dalam tragedi banjir besar yang melanda Samarahan memecah keheningan pagi ini. Dua mangsa dikategorikan berada dalam tahap merah, 6 mangsa di categori kuning manakala 6 orang dikategorikan hijau atau cedera ringan.."

    Begitulah antara senario yg dilaksanakan dalam situasi mencari & menyelamat (SAR) yang dilaksanakan dalam Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) yang telah berlangsung di Tasik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

    Latihan medan ini merupakan sebahagian daripada modul & aktiviti PP 17 yang anjuran Markas Angkatan Bersama yang turut disertai angkatan tentera negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Australia. Divisyen Pertama Infantri Malaysia bertanggungjawab dalam pelaksanaan ekasesais tersebut.

    Aktiviti berbentuk latihan medan ini memfokuskan situasi memberi bantuan kemanusiaan semasa bencana alam (Human Assistance Disaster Relief- HADR).

    Tumpuan diberikan untuk menguji tahap kerjasama dan koordinasi antara pelbagai pasukan perubatan dan menyelamat pelbagai negara bersama-sama agensi yang menguruskan bencana seperti NADMA, Pasukan SMART, Pasukan Perubatan Hospital Umum Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba & Penyelamat, PDRM serta beberapa agensi lain. Seramai 130 individu terlibat bagi menjaya fasa latihan medan tersebut.

    Diakhir latihan ini diadakan siadakan sesi post mortem bagi menilai penambahbaikan jika latihan seperti ini diadakan pada masa akan datang atau keadaan sebenar yang berlaku.

    Jelas diakhir latihan medan ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mencari & menyelamat bukan sahaja dikalangan negara yang terlibat malahan pelbagai agensi tempatan yang menepati matlamat National Blue Ocean Strategy.

    Latihan ini juga mencapai objektif yang ditetapkan iaitu interoperability antara agensi di Malaysia serta interoperability antara negara. Objektif kedua adalah menilai prosedur operasi standard (SOP) Operasi Mencari & Menyelamat sedia ada dan menilai perlaksaan prosedur tersebut. Manakala objektif terakhir adalah diplomasi pertahanan kerjasama antara negara.

    Turut menyaksikan latihan medan tersebut adalah Rear Admiral Darren J.Hanson Deputy US Navy Expeditionary Combat Command, Kolone Isa bin Daud Pengarah Eksesais, Kolonel (Dr) Saravanan a/l Anamalai Ketua Staf Eksesais Pacific Partnership 2017 yang juga mewakili Markas Angkatan Bersama serta warga UNIMAS yang tidak melepaskan peluang menyaksikan aktiviti yang jarang berlaku di kampus berkenaan.





  • No Comment to " [GAMBAR] Latihan Medan Eksesais Partnership 2017 "