• Edisi DAP Tipu Rakyat Di Pulau Pinang

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    Edisi DAP Tipu Rakyat
    PERBELANJAAN Kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang sepanjang 9 tahun semenjak diperintah oleh DAP, dari tahun 2008 -2017 adalah sebanyak RM30.8 bilion, ataupun secara puratanya RM3.42 bilion setahun.

    Jumlah tersebut melebihi dari Bajet tahunan kerajaan DAP Pulau Pinang secara puratanya sebanyak RM788 juta setahun.

    Jadi kita tengok apa yang telah dibelanjakan oleh DS Najib kepada rakyat Pulau Pinang walaupun majoriti rakyat mengundi DAP dalam PRU-12 dan PRU-13:

    1. Meningkatkan taraf hidup isi rumah B40 = RM1.089 bilion

    2. Memperkasa kominiti & bina masyarakat = RM249.7 juta

    3. Transformasi bnadar & luar bandar = RM40.1 juta

    4. Memperkasa ekonomi Bumiputera = RM228.7 juta

    5. Penjagaan kesihatan berkualiti = RM1.4 bilion

    6. Rumah mampu milik (PPR) = RM12.45 juta

    7. Program cat semula rumah = RM24.5 juta

    8. Pembangunan Islam & Kerohanian = RM462.1 juta

    9. Program Bandar Selamat = RM16 juta

    10. Keselamatan & Ketenteraman Awam = RM1.07 bilion

    11. Gaya hidup sihat = RM21.2 juta

    12. Kemudahan institusi pendidikan = RM5.66 bilion

    13. Menambah kualiti pendidikan = RM32.6 juta

    14. Sistem pengangkutan awam = RM807 juta

    15. Pengukuhan infrastruktur awam = RM10.31 bilion

    16. Tambah mutu air bersih & pembentungan = RM3.16 bilion

    17. Naik taraf sistem saliran & ekosistem = RM2.78 bilion

    18. Menjana pertumbuhan ekonomi = RM1.5 bilion

    Jika dilihat kepada jumlah perbelanjaan ini, tentu rakyat negeri lain akan marah dan anggap kerajaan BN ini lebih mengasihi anak tiri dari anak kandung sendiri.

    Walaupun DAP memaki hamun UMNO, BN dan DS Najib hari-hari sebagai zalim dan perasuah….tetapi hakikatnya rakyat Pulau Pinang, kebergantungan hidup mereka adalah pada BN.

    Jadi tak harian la kalau LGE boleh bagi duit tunai kepada rakyat, dan berkata “kami mampu beri kepada rakyat kerana kerajaan bersih,” tapi hakikatnya duit kerajaan negeri tidak perlu dibelanjakan pun untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

    P/s: DAP kerja untuk popular, BN kerja untuk kesejahteraan rakyat tapi kena maki hamun.

    #edisiDAPtipurakyat
    #isupenang
    #ChangePenang

    – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Edisi DAP Tipu Rakyat Di Pulau Pinang "