• Duterte Arah Tentera Filipina Bom Penempatan Abu Sayyaf

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+


    MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran bahawa pasukan keselamatan negara ini akan menyerang kubu kuat militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo bagi menghentikan keganasan kumpulan itu selepas menggagalkan cubaan mereka menculik pelancong di sebuah pulau peranginan, minggu lalu.

    Ekoran operasi itu, Duterte menawarkan wang tunai bagi penangkapan baki enam anggota militan terbabit sama ada hidup atau mati selepas mereka berjaya melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa semasa pertempuran di Pulau Bohol, minggu lalu.

    Sebanyak enam anggota Abu Sayyaf dan empat anggota keselamatan Filipina terbunuh dalam serbuan terbabit.

    “Saya mungkin menyerang Jolo, kesemua tentera darat dan laut akan ke sana. Pasti akan berlaku pertempuran kerana ini yang mereka mahukan dan saya akan berikannya.

    “Mereka perlu kekal di sana, arahan saya kepada tentera adalah meletupkan mereka dan tidak menerima sebarang serah diri sebaliknya musnahkan mereka dengan meriam,” katanya selepas menghadiri taklimat keselamatan di Bandar Tagbilaran, Bohol, hari ini.

    - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Duterte Arah Tentera Filipina Bom Penempatan Abu Sayyaf "