• Dikepung Polis, 'Pembunuh FB' Tembak Diri

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+



    ERIE, Pennsylvania: Lelaki yang diburu polis selepas menyiarkan video dia menembak mati lelaki 74 tahun di Facebook kelmarin, membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri ketika dikepung polis, di sini, semalam.

    Pada 11 pagi semalam (11 malam waktu Malaysia), seorang pekerja McDonald's di sini, mengecam kereta Ford Fusion dinaiki lelaki itu, Steve Stephens, yang mahu membeli makanan di restoran itu, lalu menghubungi polis.

    Erie terletak kira-kira 160 kilometer dari Cleveland, tempat Stephens menembak mati Robert Godwin, 74, Ahad lalu,.

    Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, berkata pekerja itu cuba melengahkan Stephens sehingga polis tiba dengan menyatakan makanannya belum siap namun menyedari pekerja lain sedang bercakap ditelefon, Stephens memandu pergi.

    Polis tiba ketika Stephens keluar dari perkarangan restoran dan mengejarnya sebelum kereta Stephens berhenti.

    Ketika anggota polis berjalan ke arah keretanya untuk menahan lelaki itu, Stephens menembak dirinya kira-kira 11.10 pagi.

    - Agensi/

    Subjects:

  • No Comment to " Dikepung Polis, 'Pembunuh FB' Tembak Diri "