• Dikecam Minta Derma RM36,000 Untuk 'Berjimba' Ke Disneyland

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+


    BRISTOL, BRITAIN: Seorang wanita yang dikecam selepas melancarkan laman mengutip derma untuk bercuti bersama dua anaknya ke Disneyland akhirnya berjaya mengumpulkan £6,500 (RM36,000).

    Nikki Smith, 33, digelar peminta sedekah selepas merayu bantuan £5,000 (RM27,617) untuk membawa dua anaknya ke Florida, Amerika Syarikat (AS) di laman sesawang kebajikan, GoFundMe.

    Dalam laman berkenaan, Nikki memberitahu, dia tidak boleh kerja lebih masa kerana perlu menjaga dua anaknya dan mahu menunjukkan betapa dia menghargai mereka.

    Bagaimanapun, dia terpaksa menutup laman berkenaan selepas hanya mengumpul £10 (RM55) dan dikecam serta dipersendakan pengguna Internet.

    Nikki yang berasal dari Coalpit Heath, Bristol kemudian mengeluarkan kenyataan maaf yang menyentuh hati.

    “Saya kini menyesal kerana menyatakan hasrat itu. Saya berharap saya tidak pernah memikirkannya.”

    Namun, laman yang dilancarkan pada bulan lalu itu diaktifkan semula dan pekerja hospital berkenaan berjaya mengumpul derma sebanyak £6,500.

    Ibu kepada dua anak perempuan berusia 10 dan 12 tahun itu terkejut dengan jumlah berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada penderma.

    “Terima kasih, terima kasih! Semua ini sangat bermakna kepada kami,” katanya dalam laman berkenaan.

    “Semua penghinaan dan cercaan yang diterima, saya mula rasakan ia berbaloi untuk saya dan anak-anak,” katanya.

    Laman berkenaan dikongsi lebih 21,000 kali dan seramai 127 Individu yang membuat sumbangan kepada wanita itu.- Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Dikecam Minta Derma RM36,000 Untuk 'Berjimba' Ke Disneyland "