• Derita 'Budak Biawak' Undang Kebingungan

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+


    NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di India menderita penyakit ganjil sejak dilahirkan yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti biawak.

    Pakar perubatan di New Delhi berkata, kanak-kanak itu, Sharma menghidap penyakit yang dikenali sebagai lamellar ichthyosis iaitu penyakit kulit yang hanya berlaku kepada kepada seorang daripada 600,000 orang.

    Menurut laporan Mail Online, penyakit berkenaan menyebabkan kulit kanak-kanak itu semakin mengeras pada setiap hari sehingga dia digelar sebagai 'budak biawak'.

    Selain itu, kulit anak pasangan Roshni Banu, 22, dan Sabir Ali, 25, sentiasa kering dan menyebabkan Sharma terpaksa menanggung kesakitan serta mudah terkena jangkitan.

    Menurut keterangan perubatan, penyakit tersebut berlaku apabila kedua-dua ibu bapa membawa genetik yang abnormal.

    Malah ibu bapa Sharma juga kebuntuan untuk merawat penyakit anak mereka itu kerana tiada pakar yang boleh menyembuhkannya.

    Lamellar ichthyosis juga boleh menyebabkan pesakit mengalami demam panas dan tidak boleh berpeluh selain menghalang aliran darah ke jari disebabkan kulit yang semakin mengeras.

    Buat masa ini, tiada rawatan yang boleh memulihkan penyakit itu dan penggunaan krim hanya boleh mengurangkan kesakitan kanak-kanak tersebut. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Derita 'Budak Biawak' Undang Kebingungan "