• DAP Sarawak Perlu Tanya Lim Guan Eng Isu Menara Telco

    Published: Monday, 17 April 2017
    A- A+

    Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak melalui Violet Yong mempertikai tindakan kerajaan negeri Sarawak membina Menara Telco bagi meningkat perkhidmatan komunikasi di negeri ini, kerana kononnya pembinaan struktur tersebut merupakan ancaman kesihatan kepada rakyat di sekitarnya.

    Biasanya DAP gemar memperbodohkan orang kampung dengan propaganda sebegini, kali ini masyarakat bandar turut termakan hasutan pemimpin DAP yang mengatakan pembinaan Menara tersebut amat berbahaya untuk kesihatan, dan mengeluarkan kesan radiasi yang tak terkawal.

    Pihak yang bertanggungjawab telah menjelaskan pembinaan Menara Telco tersebut adalah selamat kerana mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Namun pemimpin DAP seperti Violet Yong tetap mempertikai dan mempersoal standard tersebut, kerana menurut pemimpin DAP hanya mereka yang tahu tentang isu kesihatan, manakala orang lain di dunia ini semua bodoh. Sebab itu mereka bangga memperbodohkan masyarakat bandar dengan fitnah dan pembohongan yang sengaja direkayasa.

    Violet Yong tetap dengan kenyataannya menipu orang ramai mengatakan Menara Telco tidak selamat dan mengeluarkan radiasi yang sangat berbahaya.

    Sepatutnya Violet Yong dan DAP Sarawak merujuk perkara tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang pernah menjawab bantahan yang sama apabila isu tersebut dibangkitkan masyarakat di negeri itu enam tahun lepas.

    Enam tahun lepas kepimpinan DAP Pulau Pinang juga diserang beberapa pihak kerana membina Menara Telco atas alasan yang serupa seperti dijaja oleh DAP Sarawak ketika ini.

    Berdasarkan rekod, Exco Pulau Pinang Jeff Ooi ketika itu berkata pihak yang membantah pembinaan Menara Telco tersebut sepatutnya didakwa dibawah Akta Hasutan kerana mencabar standard yang telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan SKMM.

    Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang turut berkata Menara Telco adalah selamat dari kesan radiasi, dan menurutnya, sebagai bukti beliau dan Jeff Ooi berkerja hingga 12 jam terdedah di bawah empat Hotspot di pejabatnya di tingkat 28 Bangunan Komtar.

    DAP Sarawak dan Violet Yong sepatutnya sudah ada jawapan.

    Lim Guang Eng dan Jeff Ooi terbukti masih hidup sampai sekarang.

    DAP Sarawak dan Violet Yong sepatunya bertanya kepada pemimpin mereka, sebelum berjaja propaganda bodoh untuk meraih sokongan rakyat. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Sarawak Perlu Tanya Lim Guan Eng Isu Menara Telco "