• DAP dan Pembangkang Hina Rukun Negara

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    Baru-baru ini, Lim Guan Eng DAP cuba menafikan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendedahkan parti cauvinis DAP bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk campur tangan hal ehwal dalam Malaysia.

    Ronnie Liu DAP juga cuba berhujah kononnya tindakan membincangkan kes Anwar Ibrahim dengan negara asing tidak boleh dianggap sebagai menjemput campur tangan asing ke negara ini.

    Beliau mendakwa tidak ada salah untuk mereka membincangkan isu berkenaan dengan wakil negara asing kerana kononnya Anwar Ibrahim seorang banduan politik.

    Anwar Ibrahim bukan banduan politik tetapi beliau adalah banduan yang bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadinya.

    Ironinya, Liu sendiri mengaku telah berjumpa dengan Tressa Finerty, Kaunselor Politik Kedutaan AS untuk mengadu kes Anwar Ibrahim itu.

    Penulis bersetuju bahawa usaha DAP melobi Amerika Syarikat untuk membebaskan Anwar adalah contoh bahawa parti itu mengundang campur tangan asing di negara ini.

    Jelas bahawa puak DAP ini tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang. Kita faham perangai buruk cauvinis DAP ini kerana ada dasar-dasar parti cauvinis ini yang melanggar perlembagaan negara.

    Anwar Ibrahim telah melalui proses perundangan dan undang-undang yang sangat teliti dan mengambil masa 6 tahun sejak tahun 2008. 9 peguambela telah mewakili Anwar.

    Beliau sendiri diberi segala peluang untuk mempertahankan diri di dalam mahkamah.

    Tetapi beliau memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh, bukannya memberi keterangan di kandang saksi.

    Anwar tidak mengangkat sumpah dan tidak memanggil saksi alibi. Kenyataan beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

    Maksudnya, Anwar Ibrahim telah melalui proses kehakiman dan undang-undang yang diiktiraf di dalam Rukun Negara sebagai berdaulat.

    Maka, apabila mana-mana puak termasuk cauvinis DAP cuba untuk mempergunakan agensi negara asing dalam kes Anwar Ibrahim, mereka secara langsung tidak mengiktiraf proses kehakiman dan telah mencemar kedaulatan undang-undang negara.

    Rakyat tahu tapi puak pembangkang sengaja menghalalkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu.

    Oleh: Dr Novandri Hasan Basri

    Subjects:

  • No Comment to " DAP dan Pembangkang Hina Rukun Negara "