• China Pertahan Hubungan Dagang Dengan Pyongyang

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    BEIJING: China menjalankan 'interaksi normal perniagaan' dengan jirannya Korea Utara, namun mematuhi sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang. 

    Ia berikutan kenderaan buatan negara itu dilihat membawa peluru berpandu balistik ketika perarakan tentera Korea Utara walaupun sekatan antarabangsa melarang perkakasan itu dijual kepada Pyongyang. 

    Gambar oleh kerajaan Korea Utara menunjukkan peluru berpandu kapal selam diangkut di atas trak memaparkan logo Sinotruk, sebuah syarikat China. 

    Seorang wakil penjual Sinotruk berkata, kira-kira 1,000 unit kenderaan itu dieksport ke Korea Utara setiap tahun mengikut kontrak ia dikhususkan untuk kegunaan awam. 

    Perarakan Sabtu lalu di Pyongyang untuk memberi penghormatan kepada pengasas negara itu sambil seorang pegawai kanan Korea Utara memberi amaran perang nuklear akan tercetus jika negara itu diserang. AP

    Subjects:

  • No Comment to " China Pertahan Hubungan Dagang Dengan Pyongyang "