• Budak Lemas Di Kolam Renang

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun lemas ketika mandi di sebuah kolam renang awam dekat sini, kira-kira jam 5 petang semalam. 

    Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Mohd Najmi Safik Affendi dikatakan mandi bersama beberapa ahli keluarganya sebelum lemas di kolam berkenaan. 

    "Kolam renang itu mempunyai kedalaman kira-kira satu meter dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

    "Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau kecuaian pihak pengurusan kolam renang itu," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan ahli keluarga mangsa. 

    Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk pemeriksaan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Lemas Di Kolam Renang "