• Britain Umum Pilihan Raya Awal 8 Jun

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, hari ini mengumumkan pilihan raya awal pada 8 Jun ini, sambil menyifatkan ia satu-satunya jalan memastikan kestabilan politik menjelang penarikan diri Britain dari Kesatuan Eropah (EU). 

    "Saya baru mempengerusikan mesyuarat Kabinet dan kita bersetuju mengadakan Pilihan Raya Umum pada 8 Jun ini. 

    "Dengan berat hati, saya memutuskan negara perlu mengadakan pilihan raya ini tetapi saya yakin ia perlu dilakukan untuk memastikan kepemimpinan kuat dan stabil bagi kita mengharungi Brexit dan fasa seterusnya," kata May dalam kenyataan di luar pejabatnya di Downing Street. 

    Katanya, beliau akan memperkenalkan perundangan untuk memberi laluan kepada pilihan raya itu. Menurut perundangan sedia ada, pilihan raya cuma akan diadakan pada 2020. 

    Tinjauan pendapat mendapati, Parti Konservatif pimpinan May yang berpecah mengenai isu keanggotaan EU menjelang pungutan suara tahun lalu, kini mendahului Buruh, parti pembangkang utama. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Umum Pilihan Raya Awal 8 Jun "