• Brent Turun 26 Sen Kepada AS$55.10

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+
    LONDON: Harga minyak turun hari ini susulan berita pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat (AS) dijangka mencatat peningkatan bulanan terbesar dalam tempoh lebih dua tahun. 

    Data penggerudian kerajaan AS terkini menunjukkan pengeluaran syal bagi Mei dijangka meningkat kepada 5.19 juta tong sehari, dengan pengeluaran di Permian, kawasan pengeluaran syal terbesar AS, dijangka mencecah rekod 2.36 juta tong sehari. 

    Penanda aras global dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 26 sen kepada AS$55.10 satu tong pada 0803 GMT. 

    Ia mencecah paras terendah harian AS$54.98, paras terendah dalam tempoh 11 hari. 

    Di AS, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan 21 sen lebih rendah pada AS$52.44 satu tong, terendah sejak 10 April. 

    "Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS mengunjurkan gabungan pertumbuhan 124,000 tong sehari dalam pengeluaran syal AS pada Mei menambah satu lagi elemen bearis kepada pasaran," demikian menurut nota penganalisis di JBC Energy yang berpangkalan di Vienna. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Brent Turun 26 Sen Kepada AS$55.10 "