• Bomba Maut Jatuh Bangunan

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    NEW YORK: Seorang anggota bomba maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat ketika memadamkan kebakaran di Queens. 

    Ia berlaku di bangunan pangsapuri kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan. 

    Pegawai berkata, Willam Tolley, 42, berada di atas bumbung ketika operasi rutin sebelum terjatuh. Tolley disahkan meninggal dunia di hospital manakala tiga yang lain cedera ringan. 

    Kebakaran dapat dikawal dalam setengah jam. 

    Pegawai berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan punca sebenar Tolley terjatuh. Beliau meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia lapan tahun. - AP

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Maut Jatuh Bangunan "