• BN Juga Ada Kekurangan, Tapi Tetap Pilihan Terbaik - Ongkili

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    Tidak dinafikan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) juga mempunyai kekurangan dan kelemahan tersendiri tetapi ia adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia, kata Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    Menurutnya, BN mempunyai wawasan dan matlamat yang secara keseluruhan tidak mencapai 100 peratus tetapi usaha sedang dijalankan untuk memastikan hasrat rakyat menjadi kenyataan.

    “Saya mengaku bahawa Barisan Nasional mempunyai kelemahan, ia tidak sempurna tetapi gabungan itu masih pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia tetutama di Sabah," katanya

    Beliau yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut mengingatkan pengundi supaya tidak membuang masa dan memperjudikan masa depan mereka dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

    "BN telah terbukti melalui rekod pencapaiannya yang baik dalam mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang asyik bercakap tetapi tiada tindakan,"

    “Kebanyakan pemimpin pembangkang dahulu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan antara lain menteri persekutuan, timbalan menteri dan ketua menteri tetapi mereka masih gagal untuk menyelesaikan apa-apa,"

    Ini kerana menurutnya, pembangkang mengulangi apa yang diperjuangkan oleh PBS iaitu isu pendatang tanpa izin, Perjanjian Malaysia 1963, hak rakyat Sabah dan sabah serta isu Borneonisasi.

    "Perkara seperti ini mengambil masa dan tidak ada apa yang boleh dicapai dalam semalaman," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Juga Ada Kekurangan, Tapi Tetap Pilihan Terbaik - Ongkili "