• 'Black Jesus' Tembak Mati 3 Orang Di AS

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    Image result for Kori Ali Muhammad
    LOS ANGELES: Seorang lelaki 39 tahun melepaskan tembakan rambang di bandar tengah California di Fresno semalam, menyebabkan tiga terbunuh dan mencederakan seorang mangsa sebelum ditahan. 

    Pihak berkuasa berkata, suspek, seorang warga Afrika-Amerika dikenali Kori Ali Muhammad, dipercayai menembak seorang pengawal keselamatan minggu lalu di sebuah motel di bandar itu. Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital. 

    Ketua Polis Fresno, Jerry Dyer memberitahu media, Kori yang menggunakan nama samaran 'Black Jesus' melaungkan 'Allahu Akbar' ketika ditahan. 

    Dyer berkata semalam, semua mangsa yang maut adalah lelaki kulit putih, begitu juga pengawal keselamatan, manakala seorang lagi ditembak ketika duduk di kerusi penumpang. 

    Katanya, tembakan itu dilakukan sekitar jam 10.45 pagi di empat lokasi berbeza di tengah bandar, dilakukan tanpa provokasi dan sehingga 16 tembakan dilepaskan ketika insiden itu.

    Dyer berkata, Kori memiliki sejarah penjenayah termasuk penyalahgunaan senjata, dadah dan ancaman pengganas. 

    Katanya, suspek juga memaklumkan polis dan dalam tulisan di Facebook, dia membenci kulit putih dan kerajaan. 

    "Ini adalah tindakan rawak keganasan. Ia adalah serangan tanpa provokasi seorang individu yang berniat melakukan pembunuhan," kata Dyer. 

    Katanya, pihaknya mempercayai suspek bertindak sendirian. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Black Jesus' Tembak Mati 3 Orang Di AS "