• Berkaki Ayam Elak Masalah Kaki Busuk

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+


    Seorang lelaki mendedahkan dia tidak pernah memakai kasut dan berkaki ayam sejak empat tahun lepas dalam usaha mengatasi masalah kaki berpeluh dan berbau.

    Ben Donnelly, 33, dari Kensington, London, berkata, ketika remaja dia ada membaca mengenai pergerakan tanpa kasut namun dia mula berkaki ayam selepas menuntut di universiti pada 2002.

    Ketika itu dia hanya sekali sekali berkaki ayam namun selepas menukar kerjaya daripada guru muzik kepada tutor persendirian pada empat tahun lepas, barulah Ben berkaki ayam sepenuhnya termasuk ketika ke kedai, di taman dan menaiki pengangkutan awam.

    Sepanjang tempoh berkenaan, Ben tidak berdepan dengan masalah memijak benda-benda yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada kakinya.

    “Jarang sangat, mungkin dua kali dalam setahun di mana saya terpaksa mencabut kaca halus di tapak kaki saya.

    “Tapak kaki saya juga menjadi tebal. Saya tidak pernah mengalami jangkitan serius. Ketika pakai kasut pun kita akan mengelak daripada memijak benda-benda yang boleh merosakkan kasut, jadi ia sama juga ketika saya tidak memakai kasut,’’ katanya.

    Teman wanitanya, Carolina Lio, 32, turut menyokong keputusan Ben untuk memboikot kasut.

    “Ketika pertama kali Ben memberitahu mengenai dirinya, saya tidak nampak ia sebagai pelik sebaliknya sesuatu yang jujur,’’ kata Carolina. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Berkaki Ayam Elak Masalah Kaki Busuk "