• Beri Keterangan Palsu, Adam Rosly Dihadap Ke Mahkamah Hari Ini

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+

    Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, 28 tahun, tiba di Mahkamah Seksyen hari ini didakwa atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.

    Kesalahan termasuk di dalam Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    Beliau yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

    Memetik laporan News Strait Time, beliau yang berpakaian lokap SPRM berwarna oren dibawa masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi diringi pegawai SPRM, beberapa anggota keluarga dan penyokongnya.

    Difahamkan, SPRM juga telah menyita banglo beliau yang berharga RM1.2 juta di Ampang, termasuk lima kenderaan mewah dan lapan akaun di atas nama beliau dan isterinya, dengan wang berjumlah RM212,461.41.

    Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Allaudeen Ismail dan didakwa oleh Ahmad Akram Gharib. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Beri Keterangan Palsu, Adam Rosly Dihadap Ke Mahkamah Hari Ini "