• Berang Video Lelaki Diikat Pada Kereta

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+


    SRINAGAR, INDIA: Kumpulan militan meningkatkan serangan di Kashmir sementara polis menasihatkan anggotanya supaya tidak pulang ke rumah, ketika keganasan melonjak selepas tentera didakwa mengikat seorang lelaki di hadapan kenderaan mereka sebagai perisai manusia.

    Polis memfailkan kes terhadap tentera berhubung kejadian seorang pembuat selendang berusia 24 tahun ditahan pada 9 April lalu sebelum diikat di depan kenderaan askar dan berarak di beberapa kampung.

    Rakaman video kejadian itu tersebar meluas di media sosial.

    Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Rajesh Kalia berkata: “Kami sedang menentukan kesahihan video itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bersalah.”

    Tunjuk perasaan diadakan minggu lalu susulan pilihan raya kecil bertukar menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.

    Sementara itu, semalam, polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan protes terhadap serbuan polis di sebuah kolej, Sabtu lalu, yang menyebabkan 50 pelajar cedera.- Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Berang Video Lelaki Diikat Pada Kereta "