• Bapa Ayam & Pelacur Ditangkap

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    BUKIT MERTAJAM: Jabatan Imigresen Pulau Pinang tahan enam pelacur dan bapa ayam warga asing dalam operasi di rumah tumpangan di pekan ini, semalam.

    Operasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari itu membabitkan 12 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri hasil intipan sejak dua minggu lalu.

    Jurucakap berkata, 17 lelaki dan wanita warga asing berusia antara 20 hingga 30-an ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

    Beliau berkata, empat wanita Indonesia dan dua wanita Bangladesh yang disyaki bekerja sebagai pelacur dan seorang lelaki Bangladesh dipercayai bapa ayam ditahan.

    "Mereka dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Negeri untuk tindakan lanjut.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Ayam & Pelacur Ditangkap "