• Banteras Dadah, Polis Sarawak Seru Orang Ramai Salur Maklumat

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak kini berusaha membanteras gejala dadah habis-habisan berikutan penyalahgunaan dadah didapati semakin berleluasa dikalangan masyarakat.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Supt. Sahar Abdul Latif berkata, pihak polis tidak akan berkompomi dengan mana-mana pengedar yang telah memporak perandakan masyarakat sehingga terjerumus dalam gejala penyalahgunaan dadah.

    “Kami (Polis) dari JSJN akan sentiasa memfokuskan lebih kepada pengedar agar penularan pengedaran dadah akan dapat dibendung.

    “Bagi suku tahun pertama, pihak JSJN Sarawak telah berjaya merampas dadah jenis Ganja, Syabu, Ketamine, Eramin 5, Nospan dan juga Ectasy masing-masing mencatatkan peningkatan yang tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas.” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Sarawak pagi tadi.

    Menurut Sahar seramai 13 orang pengedar telah ditahan sepanjang awal suku pertama tahun ini dan jumlah perlucutan harta disita bagi melumpuhkan sindiket-sindiket dadah dari segi kewangan bernilai RM21juta berbanding RM2.2juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

    Jesteru, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa menyalurkan maklumat kepada polis bagi menyekat dan mengurangkan permintaan dan pengedaran bekalan dadah agar dapat dibendung, khusunya di negeri ini.

    Jelasnya setiap maklumat yang disalur dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Banteras Dadah, Polis Sarawak Seru Orang Ramai Salur Maklumat "